Borang Pesanan

Name:
Email Address:
Contact Number :
Address :
Product Code & Quantity :
Comment :
Payment Menthod : Maybank
Cimb
Postage : Pos Laju

This form powered by Freedback

Thursday 28 June 2012

Selembut Bayu - Highlights






Ini adalah busana milik teman yanie..mahukan highlights pada bahagian bunga sahaja.Hanya mahukan yang simple sahaja.Kali ni yanie menggunakan teknik tampalan kristal swaroski untuk menaikkan lagi seri pada tengah-tengah kelopak bunga itu.Hanya mengambil masa 1 hari untuk menyiapkan sulaman ini.Amat senang untuk menyulam diatas busana ini kerana tekstur kainnya yang lembut.Harga untuk sulaman ini berserta tampalan berlian swaroski adalah RM 40.00 sahaja.

Hijau Cantik.....







    Siap dah lama baju ni tapi gambar je belum dimasukkan di dalam blog ni...Ni adalah baju jiran sebelah rumah yanie iaitu kak sha...nak digayakan dimajlis kenduri kahwin anak gadisnya.Atas permintaan tuan empunya baju jadi yanie highlight pada setiap kerawang pada busana ini.Kak sha mahukan yang simple tapi comel....Menggabungkan kristal dan manik bermutu menyerlahkan lagi busana ini.
     Atas permintaan para pelanggan yang ingin tahu harga setiap sulaman yang yanie caj kepada pelanggan,setiap gambar sulaman yanie akan sertakan bersama dengan harga untuk memudahkan para pelanggan membuat pilihan.
     Harga untuk sulaman ni dibahagian leher dan lengan adalah RM45.00 sahaja.Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat yanie bolehlah hubungi yanie yea....

Wajah kesayanganku....





Ni anak saudara yanie...dia ni memang pantang tgok kamera ada je gaya dia.....Sayang Mia......

Saturday 23 June 2012

Pengumuman Penting : Diamond....


Bermula pada bulan 6 ini saya menyediakan perkhidmatan tampal berlian pada busana dan tudung.Harga untuk tampal dan berlian rujuk kepada list harga kami.Harga yang kami tawarkan cukup murah berbanding dengan harga tampalan yang berada dipasaran.Hanya menggunakan berlian yang bermutu tinggi ( gred A )

Sunday 17 June 2012

Friendship......


Yanie memang pantang bebenor kalu orang suka tipu kawan ni...pada yanie apa salahnya cakap dengan jujur...adakah terlalu sukar untuk jujur dengan sahabat sendiri...tunjang yang kuat pada ikatan persahabatan itu adalah kejujuran....susah sangat ke nak jujur dengan sahabat anda?Paling malang bila kita menipu dan orang tahu yang kita sedang menipu...sedey...sedey.....Kepada sahabat-sahabat diluar sana cubalah untuk jujur dengan sahabat anda....kepada sahabat yang sentiasa jujur yanie ucapkan tahniah kerana menjadi sahabat yang paling best dan paling memahami....tq for my lovely best friends iaitu my mom and kak as....coz always support me...love u all.....



Sarapan pagi dulu..yok.....



Sarapan pagi sangat penting untuk kita tak kisahlah nasi lemak ke,nasi minyak atau hanya sekeping roti sahaja...kadang-kadang yanie miss jugak untuk sarapan pagi kerana berkejaran ke pejabat pada awal pagi...tapi sarapan pagi adalah perkara yang yanie suka.....dapat menaikkan mood untuk permulaan hari hehehe......hari minggu begini hanya makan roti bakar.....sedap......


Warna kegemaranku....Hijau cantik......

Ini adalah baju yang sedang yanie siapkan hijau cantik....pelanggan ini hanya mahukan simple dan disulam pada kerawang sahaja utnuk menaikkan seri pada busana ini......hope pelanggan berpuas hati apabila dah siap nanti.....

Simple Pearls.........






Salam sayang kali ni yanie tampilkan sulaman menggunakan pearls...like simple crumble.....kain ni terlalu licin dan sukar untuk disulam dengan sequin....agak mencabar jugaklah untuk menjahit pearls pada busana ini....but yanie try the bestlah....bersesuaian dengan budget yang diberikan oleh sahabat saya ini....

Saturday 16 June 2012

Rehat jap...



Selamat pagi semua.....awal-awal pagi ini elok sarapan dulu...untuk mendapatkan tenaga dan mood untuk bekerja...Pagi-pagi begini elok bebenor kalu perkenakan hot coklat heheheh......kepada teman - teman diluar sana jangan lupa untuk bersarapan....

Friday 15 June 2012

PENGUMUMAN PENTING

Hari Raya dah semakin hampir,jadi yanie ambil kesempatan ini nak promosi sikit buat pelanggan yanie.Sebagai penghargaan yanie terhadap sokongan anda semua yanie adakan diskaun untuk setiap tempahan sulaman manik.Setiap tempahan sulaman manik yang dihantar pada 1/7/2012 - 1/10/2012  layak menerima diskaun daripada yanie:-( sila rujuk dibawah ini )
untuk 1 helai busana

untuk 2 busana ke atas.

kepada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja tangan yanie bolehlah hubungi yanie........

Kos penghantaran adalah PERCUMA


Sunday 10 June 2012

BAJU SAHABATKU ( Kristal Ruffles )

Salam buat semua pengunjung blog yanie...hope sihat semua..lama jugak yanie tidak upload gambar dan update blog bukan apa terlalu sibuk dengan urusan pejabat...bila ada kelapangan barulah boleh nak update dengan gambar-gambar terbaru sulaman manik dan labuci.Baru-baru ni yanie dapat lagi tempahan daripada teman yanie yang mengajar di selatan tanah air..terima kasih yer jue....






kali ini yanie menggunakan gabungan kristal dan pearl dan diserikan lagi dengan teknik ruffles 3d pada leher dan lengan busana ini.Gabungan pelbagai size pearl ditabur sekeliling ruffles tadi.Hope rekaan ini dapat memberi idea kepada teman-teman yang diluar sana untuk menyulam manik.Walaupun terlalu banyak tekanan disekeliling yanie akhirnya dapat jugak yanie menyiapkan sulaman pada busana ini..Kepada yang berminat untuk menempah sulaman ini bolehlah hubungi yanie yer...harga untuk leher dan lengan teknik ni adalah RM80.00 sahaja.Kos pos adalah PERCUMA.....Bolehlah digayakan untuk hari raya ini.

TUDUNG WSC

Tudung untuk dijual

WARNA : KELABU
REKAAN : SYUHADA
SIZE : L ( TUTUP DADA )
MATERIAL : LYCRA, THAI SILK AWNING
HARGA : RM 50.00

JIKA BERMINAT BOLEHLAH ISI BORANG DI ATAS.....
SOLD


Saturday 2 June 2012

Renung - Renungkan.....




Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam

“Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya surga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”[HR Muslim]


Oleh karena itu, ingatlah terhadap hisab, pembalasan dan siksa di akhirat. Para pelaku kezhaliman akan mengalami kebangkrutan di akhirat. Meskipun ia membawa pahala begitu banyak yang dikumpulkan ketika di dunia, namun pahala-pahala yang telah berhasil ia himpun sewaktu di dunia, akan dialihkan kepada orang-orang yang pernah dia zhalimi. Jika pahalanya telah habis sementara kezhaliman yang ia lakukan belum bisa tertutupi, maka dosa orang-orang yang dia zhalimi dialihkan kepada dirinya, sehingga dia terbebani dengan dosa orang-orang yang ia zhalimi tersebut, sehingga ia pun bangkrut tanpa pahala. Dan akhirnya dilemparkan ke dalam api neraka. Wal ‘iyyadzu billah.

Kepada para majikan, ingatlah! Janganlah Anda menyunat upah para pegawai, atau malah enggan membayarnya. Takutlah kepada Allah. Ketahuilah, para pegawai yang telah bekerja tersebut, mereka telah mengorbankan pikiran, waktu dan tenaga untuk Anda. Para pekerja itu juga memiliki tanggungan anak dan isteri yang harus dinafkahi. Sungguh, celakalah orang-orang yang berbuat zhalim. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengingatkan.


“Berilah upah kepada para pegawai sebelum kering keringatnya”. [HR Ibnu Majah].