Salam semua, lama saya tidak upload gambar terbaru tentang aktiviti saya.Saya kehilangan mood untuk memanik kerana pada 19/03/2012 ayah tercinta telah pergi mengadap Ilahi.Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.Pemergian ayah secara tiba-tiba membuatkan saya hilang sebahagian jiwa saya.Hilang mood untuk menyulam manik.Terlalu banyak perkara dan perancangan di dalam otak saya untuk masa depan ibu dan adik-adik saya selepas kehilangan arwah ayah.
Insyallah selagi saya bernafas saya akan berkarya untuk masa depan ibu dan adik-adik saya.Ini kerana keluarga saya terutama ibu saya suka dengan hasil sulaman manik saya.Terima kasih ma kerana memberi komen yang membina untuk kak long berkarya.
Baru-baru ini saya mendapat tempahan sulaman manik untuk baju sambut menantu.Walaupun masa yang diberikan agak singkat tetapi saya cuba sedaya upaya menyiapkan hasil sulaman manik saya.
Terima kasih kepada kak Dalilah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyulam pada busana akak untuk digayakan pada hari yang cukup bermakna buat akak.Selamat Pengantin Baru Untuk Kak Dalilah.
No comments:
Post a Comment